Perubatan
herba diintai dunia Barat ketika kian dilupai di Timur
Apabila dunia Barat
mula beralih kepada penggunaan herba untuk melengkapi dunia perubatan moden,
masyarakatrantau ini mungkin kurang menyedari keistimewaan herba berkenaan yang
tumbuh melata di depan mata sendiri.
Tidak hairan jika
tulisan HM Burkill mengenai 1,000 spesis herba di Semenanjung Malaysia (ketika
itu Malaya), pada awl abad ke-20, dijadikan rujukan pelbagai pihak dalam dan
luar negara. Malah, tulisan awal mengenai herba itu dikatakan masih menjadi sebahagian
rujukan penyelidik masa kini.
Di sebalik dedaun comel
menghijau di laman rumah, tumbuhan seperti pegaga mempunyai pelbagai keunikan
untuk meningkatkan tahap kesihatan seseorang termasuk dalam kalangan
kanak-kanak kurang upaya.
Profesor di Fakulti
Sains dan Teknologi Pemakanan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Suhaila
Mohamed menyifatkan tumbuhan herba yang lazimnya dijadikan ulam-ulaman itu
membantu meningkatkan keupayaan dari segi pengawalan saraf dalam kalangan
kanak-kanak terbabit.
“Ini kerana pegaga
mempunyai kesan pelalian pada saraf. Bagi mereka yang mahu meningkatkan daya
ingatan, pegaga antara pilihan herba yang baik berdasarkan hasil kajian yang
dijalankan oleh UPM kira-kira dua tahun lalu.
Kajian dalam kalangan
lelaki dan wanita lingkungan usia 35 hingga 55 tahun mendapati pegaga bukan
saja berupaya meningkatkan ingatan malah mengurangkan paras glukos dan kolesterol.
Bagi lelaki pula, ia dapat meningkatkan tenaga seksual.
Di pelosok dunia lain,
penggunaan pegaga atau secara saintifiknya dikenali sebagai centella asiatica
turut tersenarai dalam dunia perubatan herba ayurveda dan tradisional Cina. Perubatan
ayurveda menyifatkan tumbuhan herba ini sebagai tonik otak, antara lain bagi
membantu meningkatkan daya ingatan, usia panjang dan mengekalkan keremajaan.
Dalam perubatan
berkenaan, seluruh bahagian pegaga dianggap sesuai untuk membantu meningkatkan
daya ingatan. Di kalangan masyarakat India, tumbuhan berkenaan dipercayai
membantu mengatasi pelbagai masalah lain seperti sakit kepala, sakit badan,
asma, ulser serta menyembuhkan luka.
Perubatan tradisional
Cina pula memanfaatkan pegaga untuk membantu mengatasi masalah keletihan secara
fizikal dan mental. Dalam pelbagai kajian lain, pegaga memiliki pelbagai
kegunaan untuk membantu meningkatkan tahap kesihatan seseorang termasuk
pembentukan kolagen, membolehkan seseorang tidur lebih lena, merangsang selera
makan serta membantu dari segi rawatan pernafasan, reproduktif, saraf,
antiradang dan meningkatkan pengaliran darah.
Pegaga yang turut
dikomersialkan masa kini antaranya dalam bentuk sabun, namun menurut Prof
Suhaila, ia boleh dimanfaatkan dalam pelbagai bentuk barangan lain termasuk
barangan kosmetik memandangkan keupayaan pegaga serupa seperti vitamin C.
Lebih elok jika
mengambil pegaga mentah atau segar tetapi lantaran kesuntukan waktu kini, tak
salah jika ia dikomersialkan kerana penggunannya mungkin lebih mudah. Tidak hanya
pegaga, pelbagai tumbuhan tempatan memiliki banyak khasiat dari sudut kesihatan
seperti kunyit, sirih dan mengkudu.
Ketua Pengarang Journal
of Tropical Medicinal Plants, Prof A N Rao, mengakui perubatan tradisonal
berasaskan tumbuhan herba mampu melengkapi dunia perubatan moden kini.
Gabungan rawatan moden
dan tradisional tentunya menghasilkan penemuan yang cukup baik dalam bidang
kesihatan. Justeru, tidak hairan jika masyarakat di Barat kini lebih cenderung
kepada perubatan tradisional malah mereka turut memanfaatkan penggunaan herba
secara lebih baik dan meluas berbanding masyarakat Timur sendiri.
Menurut Prof A N Rao,
dunia perubatan herba bermula sekitar 6,000 hingga 7,000 tahun lalu meliputi beberapa
negara seperti China, India, Jepun dan Korea yang memiliki herba istimewa
masing-masing. Perubatan Barat yang berasaskan sistem perubatan Yunani bermula
sekitar 2,000 tahun lalu yang menumpukan kaedah merawat penyakit demi penyakit.
Ini berbeza dengan sistem perubatan tradisional Asia yang merawat seluruh tubuh
dan bukannya rawatan berdasarkan sesuatu penyakit. Meskipub rawatan herba ini
mengambil masa yang lebih lama, kesan sampingannya kurang malah tidak
meninggalkan sebarang sisa berbanding ubat-ubatan moden.
Sebaik2 perubatan adalah mgikut sunnah rasulullah.. tq fr sharing
ReplyDeleteSma2 izza syahira^^
ReplyDelete